Kamera Digital & Kamera Konvensional

 

 

 

Soalan:

To: raai@my-malaysia.com Date: Mon, 28 Feb 2000 19:03:22 -0800 From: "zack s jr" <akiera99@mailcity.com> Reply-To: akiera99@mailcity.comSubject: perlu bantuan

Assalamualaikum,

Saya Mohamad Zaki ingin meminta sedikit bantuan daripada Tuan dalam mendapatkan bahan bagi menyediakan kertas kerja mengenai "Kamera Tradisi & Kamera Digital- Pengenalan & Perbezaan".

Kalau boleh sila nyatakan kepada saya dimana saya boleh dapatkan bahan-bahan tersebut ataupun ada disediakan oleh pihak tuan.

Sekiranya ada disediakan oleh pihak tuan saya harap tuan dapat berikannya pada saya atau pun jualkan kepada saya.

Sekian terima kasih harap maklum , semoga tuan akan menjawab email saya ini dengan seberapa segera.

Wassalam...

 


Jawapan:

Assalamualaikum,

Saudara Zaki, saya tidak menjual kertas kerja untuk tujuan yang saudara maksudkan. Tetapi saya sedia membantu saudara untuk memberikan sedikit tip (point) untuk saudara sediakan kertaskerja yang tersebut. Umpamanya jika saudara telah meneliti panduan asas senifoto yang saya buat saudara boleh dapat sedikit panduan tentang kamera tradisi seperti kamera TLR. Sebab kamera TLR merupakan kamera yang hampir menjadi antik. Begitu juga kamera SLR yang pada pendapat saya bukan tradisional tetapi telah di permajukan. Ada kamera SLR yang ditingkatkan keupayaannya untuk dihubungkan dengan pc. Contohnya kamera Nikon. Sebenarnya kamera SLR yang dikatakan oleh orang awam tradisional akan terus berkembang bersama perkembangan IT. Saya tidak fikir teknologi kamera tradisional akan tergantung setakat menggunakan filem. Satu masa saya yakin para saintis akan mencipta teknologi digital pada kamera yang selama ini menggunakan bahan filem berkimikal.

Cuma sehingga kini kamera digital adalah diantara alat tambahan pada assosories komputer. Kalau pada awal kemunculannya kamera ini dihubungkan dengan komputer, kini sudah ada kamera digital yang menggunakan disket sebagai bahan untuk merakamkan foto.

Apa yang saya lihat kamera digital masih perlu ditingkatkan umpamanya flash yang perlu diasingkan. Dan ciri-ciri lensnya yang perlu ditingkatkan untuk keperluan Micro,Wide Angle, Telelens, Zooms. Pada saya teknologi digital akan berkembang kerana hasilnya boleh memudahkan kerja-kerja professional. Umpama kemunculan mesin cetak filem warna yang telah menghilangkan peranan Darkroom. Malah kegunaan mesin cetak foto warna lebih popular dan murah lagi pantas. Begitu juga teknologi digital yang membolehkan kepantasan memudahkan kerja-kerja dalam Foto Journalist. Malah sudah ada pengamal media menggunakan kamera digital untuk menghantar imej foto ke ruang akhbarnya dengan pantas hanya menggunakan telefon bimbit.

Reka bentuk kamera digital hampir serupa dengan kamera astamatik. Tapi dari segi productnya ia tidak menggunakan filem.

Saudara Zaki, untuk lebih lanjut saudara boleh semak laman web http://www.nikon.com dan klik pada tajuk kamera digital mengetahui lebih lanjut bersama foto kamera tersebut

Rumusannya; teknologi kamera digital akan kehadapan sedikit masa lagi dan kebanyakan pengamal senifoto akan terpaksa mahu tidak mahu mempelajari teknologi tersebut. Cuma masa kini kualitinya masih boleh ditingkatkan dan kos pengeluarannya masih mahal!

Harap saudara dapat memperolehi sedikit gambaran untuk membantu dalam penyediaan kertas kerja anda. Terima kasih.